Rabu, 09 April 2014

Fakta Luar Biasa Mengenai Darah Manusia



Diantara ayat di dalam kitab suci al Quran yang menyatakan perkara mengenai darah adalah seperti di bawah ini;

“Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang-belulang, lalu tulang-belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha Sucilah Allah Pencipta yang Paling Baik.”-Surah al-Mukminun:14.

Selain daripada itu terdapat beberapa fakta yang luar biasa mengenai darah seperti yang di titipkan di bawah ini;
1.     

  1. Ketika dilahirkan, hanya ada kira-kira secawan darah saja dalam tubuh kita 
  2. Darah membentuk tujuh peratus daripada berat badan manusia 
  3. Sel darah merah membekalkan oksigen manakala sel darah putih pula mencari, menyerang dan membunuh segala organisma pembawa penyakit yang masuk ke dalam tubuh, terutamanya bakteria. Nanah sebenarnya berasal daripada sel neutrofil (yang membentuk 65-75 peratus daripada darah putih) yang mati selepas membunuh kuman. 
  4. Satu pain darah yang anda dermakan cukup untuk menyelamatkan tiga nyawa lain. 
  5. lembu dicampur darah adalah salah satu makan kesukaan masyarakat Masai di Afrika 
  6. Terdapat juga manusia yang mempunyai perangai pelik iaitu suka menghisap darah dari luka seorang manusia lain. 
  7. Orang Moche (Peru), Scythia (Greek) dan nomad di Rusia meminum darah musuh pertama yang mereka bunuh dalam peperangan sebagai lambang keberanian dan kegagahan. 
  8. Dianggarkan terdapat 4.7 hingga 6.6 liter darah dalam tubuh seorang lelaki manakal perempuan dalam lingkungan 3.8 hingga 5.7 lliter 
  9. Pada tahun 1928, William Harvey (1578-1657) dari Universiti Cambridge telah diisytiharkan sebagai manusia pertama yang mengetahui tentang peredaran darah di dalam tubuh manusia. Namun sebenarnya ketika itu ramai saintis Eropah yang telah pun mengetahui bahawa saintis Islam bernama Ibnu Nafis Ali bin Abi al-Hazamal-Quraisy telah menulis tentang perkara tersebut 300 tahun lebih awal daripada Harvey

Tidak ada komentar:

Posting Komentar